Wednesday, September 16, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Aizat Zainal

Muhammad Aizat Zainal

331 Artikel 0 Komen

Operasi SAR Dihentikan #TanahJerlus

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengemas peralatan mencari dari lokasi SAR selepas pengumuman operasi mencari dan menyelamat wanita dalam insiden tanah jerlus dihentikan di Jalan Masjid India. Foto AIZAT ZAINAL, 31 OGOS 2024

Warga Asing Taman Perindustrian Alam Jaya Kena Serbu Imigresen

Operasi Bersepadu Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor Bersama agensi penguatkuasaan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 28 OGOS 2024

Insiden Tanah Jerlus

Orang awam melihat anggota bomba menyambung operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus pada hari keempat di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 26 OGOS 2024

Zahid Menunaikan Solat Jumaat #PAU2024

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menunaikan solat Jumaat sebelum ke Majlis Pelancaran dan Majlis Tandatangan MoU di World Trade Centre Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 OGOS 2024

Suasana Malam Pertama di Masjid Jamek Cina Muslim

Suasana semasa orang ramai khususnya umat Islam mengambil kesempatan untuk berjemaah solat maghrib pertama pada malam pembukaannya ketika tinjauan Malaysia Gazette di Masjid Jamek Cina Muslim, Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 22 OGOS 2024

Reaksi Pesakit Rakyat Palestin Ketika Tiba di Subang

Seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza diterbangkan dari Mesir pada khamis dengan menggunakan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 16 OGOS 2024

Mayat Nidza Afham ditemui, suasana pilu di Hospital Shah Alam

Jenazah penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23 yang hilang selepas keluar berjogging tiba di Unit Forensik pada 10.30 malam ketika tinjauan Malaysia Gazette di hospital Shah Alam, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 14 OGOS 2024

Negarawan Sejuta Jasa ‘Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj’

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah), Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan cucu Tunku Abdul Rahman, Tunku Muinuddin Tunku Ahmad Nerang bergambar selepas Perasmian Program Mengenang Negarawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 'Negarawan Sejuta Jasa' di Pavilion Bukit Jalil. Foto AIZAT ZAINAL, 05 OGOS 2024

Zahid Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan simbolik Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja diiringi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja yang juga Ahli Mailis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Hotel Premiere, Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 04 OGOS 2024.

Anthony Loke Tinjau Operasi Jet di LTSAAS

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau operasi jet ketika membuat lawatan kerja ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 30 JULAI 2024.