Muhammad Aizat Zainal
Operasi Cyber Guardian 2026 – PDRM
Antara barangan pemacu USB yang menyimpan video dipamerkan pada sidang media mengenai Operasi Cyber Guardian 2026 menumpaskan jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak atas talian di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Foto AIZAT ZAINAL, 30 APRIL 2026.
LENSA MG | Aksi-Aksi Kejohanan T-Fight All Star 2026
Aksi pertarungan antara Atlet Muay Thai Malaysia, Umar Al-Matin (kanan) dan atlet Muay Thai Thailand, Daraek pada Kejohanan T-Fight All Star 2026 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 24 APRIL 2026.
Sesi Timbang Berat T-Fight All-Star
Lagenda Muay Thai, Buakaw Banchamek (kiri) dan Atlet Muay Thai, Meng Gao Feng (kanan) semasa bersemuka selepas sidang media dan sesi timbang berat sempena Kejohanan T-Fight All-Star 2026 di Royal Chulan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 APRIL 2026.
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2026
Peluru berpandu keluaran China turut dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di MITEC, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 20 APRIL 2026
‘Potong Royong’ Haiwan Terbiar
Doktor veterinar melakukan proses pemandulan kucing pada program Potong Royong ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto AIZAT ZAINAL, 15 APRIL 2026.
AKPS Rampas Ayam dan Itik Sejuk Beku
Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal menunjukkan barang rampasan pada sidang media kejayaan menumpaskan penyeludupan 7 kontena daging ayam dan itik sejuk beku dengan anggaran nilai lebih RM1 juta di Pelabuhan Klang Utara. Foto AIZAT ZAINAL, 14 APRIL 2026.
Menteri Dalam Negeri Lantik Veteran ATM ‘Malaysia Border Guard’
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (duduk, tengah) bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak (duduk, tiga kanan) dan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Suhaily Mohd Zain (duduk, dua kiri) bergambar bersama 48 anggota MBG selepas Peluncuran Inisiatif 'Malaysia Border Guard' (Veteran ATM) 2026 di bawah AKPS di Maktab Penjara, Kajang. Foto AIZAT ZAINAL, 13 APRIL 2026.
Op Hazard 3.0 Serbu Kilang Proses E-Waste
Anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas sisa elektronik yang siap diproses sebelum dieksport ke pasaran antarabangsa pada Op Hazad 3.0 (Tangkapan dan Rampasan Sisa Elektronik) di Central Industrial Park, Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 06 APRIL 2026.
Fahmi Fadzil Hadir Mahkamah Kuala Lumpur
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hadir prosiding kes saman fitnah terhadap tiga individu termasuk penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 06 APRIL 2026.
Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Dihadap Ke Mahkamah
Lelaki dibawa polis ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan memandu secara mabuk dan dibawah pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal di Klang ahad lalu ketika di Mahkamah Majistret Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 01 APRIL 2026.

















