Muhamad Asyraf
Pelajar Terjatuh Dari Tingkat 3 Bangunan Sekolah Kini Ditidurkan Elak Sebarang...
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa sedih atas insiden membabitkan seorang murid di Selangor yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah.
Percubaan APSS Untuk Penumpang 10 Syarikat Penerbangan Hujung Tahun Ini –...
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, operasi tersebut melibatkan 10 daripada 56 syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia. Pelaksanaan percubaan sistem pemeriksaan awal penumpang (APSS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka bermula hujung tahun ini. Sistem berkenaan akan membolehkan maklumat ketibaan pengembara diperoleh lebih awal sebelum mereka tiba di negara ini.
RUU Kawalan Sempadan RTS Link Johor–Singapura Dibentangkan Tahun Depan
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang baharu tahun depan bagi memudahkan kawalan sempadan Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perundangan itu penting bagi menyelaras operasi di stesen CIQ bersama di Bukit Chagar dan Woodlands North, selaras dengan persetujuan kedua-dua negara.
Pemuda Pas Bantah RUU URA, Parlimen Bukan Tempat Untuk ‘Bulldoze’
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar harini membantah keputusan Menteri yang bertegas untuk meneruskan bacaan kedua rang undang-undang walaupun Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mencadangkan sebaliknya. Beliau mempersoalkan sikap "buldos" Menteri yang dikatakan mengabaikan proses demokrasi dan hak rakyat, khususnya pemilik tanah yang didakwa bakal kehilangan hak membela diri di mahkamah sekiranya akta tersebut diluluskan. Dia turut mendesak Perdana Menteri menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan.
Fahmi Fadzil Lancar Peduli Radio, Saluran Komuniti Pertama Negara
enteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini merasmikan majlis pelancaran Peduli Radio yang berlangsung di Putrajaya Sentral. Peduli Radio, yang dimiliki oleh syarikat Peduli Insaf Radio Sdn. Bhd., merupakan saluran radio pertama di negara ini yang memberi fokus kepada penyaluran maklumat berkaitan misi bantuan serta pembangunan komuniti melalui platform radio dalam talian.
Ada Yang Muat Naik ‘Content’ Tanpa Rasa Tanggungjawab – Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata para pempengaruh dan pembangun kandungan digital perlu lebih bertanggungjawab dalam memuat naik sebarang kandungan di media sosial dengan memastikan ia berasaskan fakta, bukan semata-mata emosi, susulan kes pelajar Zara Qairina Mahathir yang tular baru-baru ini.
PGIRM Bersama Pencarum Desak Kerajaan Kaji Semula Cadangan Akaun Persaraan KWSP
Lebih 450 individu bersama beberapa NGO termasuk PGIRM membantah cadangan KWSP mewujudkan Akaun Persaraan dan Akaun Pencen, dengan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. Mereka bimbang langkah itu akan menghadkan pengeluaran penuh pencarum pada usia 55 tahun.
Naim Daniel Fokus Kerja, Minta Semua Bersabar Tunggu Keputusan Kes Mahkamah
Naim Daniel tetap komited dalam kerjaya seni walaupun berdepan pertuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan. Penyanyi dan pelakon itu hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi sebutan kes, yang ditetapkan untuk pengurusan seterusnya pada 19 September.
MCMC, Polis Jejak Individu Menyamar Pakar Forensik Di TikTok
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Pihak berkuasa sedang mengesan individu yang menyamar sebagai pakar bedah forensik dalam siaran langsung di TikTok berkaitan kes kematian Zara Qairina. Semakan bersama KKM mengesahkan individu itu tiada kaitan dengan KKM dan bukan pegawai forensik seperti didakwa.
Ringgit Mengukuh 5.1 Peratus Berbanding Dolar AS Pada Suku Kedua 2025...
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour menjelaskan bahawa pengukuhan ini disokong oleh penyusutan nilai dolar AS secara global, kebimbangan pelabur antarabangsa terhadap risiko, serta langkah bersepadu yang diteruskan oleh kerajaan dan BNM.

















