Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Khairul Nadzir Helmi Azhar harini membantah keputusan Menteri yang bertegas untuk meneruskan bacaan kedua rang undang-undang walaupun Jawatankuasa Pemilihan Parlimen mencadangkan sebaliknya. Beliau mempersoalkan sikap “buldos” Menteri yang dikatakan mengabaikan proses demokrasi dan hak rakyat, khususnya pemilik tanah yang didakwa bakal kehilangan hak membela diri di mahkamah sekiranya akta tersebut diluluskan. Dia turut mendesak Perdana Menteri menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan.















