Muhammad Azizul Osman
Mufti bakal diangkat setaraf Exco kerajaan negeri
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kerajaan bercadang untuk menaikkan taraf mufti di seluruh negara sebagai Exco di negeri masing-masing bagi memberikan pandangan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri kelak.
Putrajaya cadang bentang RUU berkaitan penjagaan kesihatan warga emas
Setakat ini tiada akta khusus bagi penjagaan warga emas di Malaysia. Sehubungan itu, satu Rang Undang-undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas akan dibentangkan di Parlimen bagi memastikan kualiti minimum penjagaan warga emas dengan menetapkan piawaian jagaan.
Kerajaan tarik balik pindaan Akta 164
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini membuat pengumuman bahawa kerajaan menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) sebaik dewan bersidang hari ini.
Sebelas individu ternama negara terima Anugerah Pencipta Sejarah
Kesemua mereka dipilih menerima anugerah itu atas pelbagai sumbangan dan pencapaian besar serta sumbangan kepada masyarakat. Antaranya pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim; Datin Paduka Marina Mahathir; ikon kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau Lat serta saintis muda, Faye Jong Sow Fei.
Ateis kini menular, adakan himpunan di ibu negara
Menurut Facebook, Atheist Republic, satu himpunan terhadap pengamal fahaman itu telah berlangsung dan turut dikongsikan di media sosial baru-baru ini. Jika diselidiki, ramai daripada mereka adalah terdiri daripada masyarakat Melayu yang bangga menggelarkan diri mereka sebagai 'bekas muslim.
Tun M ada ‘kembar’ dari Kerala?
Tidak dinafikan isu mengenai asal usul bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menjadi perbualan hangat apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ada menyentuh mengenainya minggu lalu.
Azmin fail saman terhadap KPN
Timbalan Presiden PKR itu mengambil langkah itu selepas Khalid tidak mahu memberikan sebarang respon kepada notis tuntutan Azmin supaya mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho atau Jho Low.
Kit Siang ‘marah’ wartawan tanya asal usulnya
Ramesh mendakwa ada maklumat mendapati Kit Siang datang ke Malaysia ketika berusia 16 tahun pada tahun 1957 dan bukan lahir di negara ini.
Lagi Ahli Parlimen DAP dihalau dari Dewan Rakyat
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat membuat ketetapan itu selepas ahli Parlimen DAP itu ingkar dengan arahan beliau supaya duduk serta tidak menganggu pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Bantuan Guaman (Pindaan) 2017.
Tubuh badan penguatkuasaan anti buli peringkat sekolah
Menurut Presiden PAR, Datuk A . Chandrakumanan, tujuan badan penguatkuasaan itu adalah bagi mengurangkan penglibatan belia dan kanak-kanak dalam aktiviti buli di kalangan masyarakat India.

















