Bernama
Rafizi diberi tempoh hingga esok jawab surat tunjuk sebab – Fuziah
Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh berkata parti itu telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Rafizi pada 23 Feb lepas dan diberi tempoh selama lima hari untuk memberikan jawapan.
Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,663 orang malam ini
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Beaufort menunjukkan trend peningkatan mangsa, iaitu 1,548 orang daripada 545 keluarga berbanding 1,529 orang daripada 535 keluarga.
Penjawat awam Selangor terima Insentif Khas Aidilfitri sebulan gaji
Menteri Besar Amirudin Shari berkata insentif bagi menghargai pencapaian cemerlang penjawat awam Negeri Selangor itu akan mula dimasukkan pada 19 Mac nanti.
Dakwaan jatuhkan kerajaan: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan
Menurut AGC, jabatan itu juga memandang serius isu berkenaan kerana sebarang tindakan atau perancangan berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara yang menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen serta prinsip kedaulatan undang-undang.
Aset rizab negara berjumlah AS$126.87 pada akhir Januari
Bank pusat itu berkata, bagi 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$10.61 bilion.
Aerotrain KLIA: MAHB kenakan penalti RM9.1 juta kepada IJMC-Pestech JV
Kementerian Pengangkutan berkata, tindakan itu susulan kegagalan mereka menyiapkan projek aerotrain baharu di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
Kebakaran lima maut: Jenazah keluarga Mohd Alawi selamat dikebumikan
Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di sini awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada 11.45 malam ini.
Perebutan harta RM1.6 bilion: Mahkamah Tinggi tolak bantahan awal pentadbir pusaka...
Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan yang memihak kepada Marcus Chan Jau Chwen, anak lelaki Siew Kim dan cucu jutawan industri hiburan itu, dalam kes yang difailkan oleh anak-anak Siew Kim mengenai pusaka bernilai RM1.6 bilion tersebut.
Pelajar MRSM antara mangsa korban kebakaran lima sekeluarga
Menerusi perkongsian di Facebook hari ini, Asyraf Wajdi berkata mangsa Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Maybank catat untung bersih RM10.51 bilion tahun lalu
Peningkatan yang positif itu disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang stabil, pengurusan kos yang berdisiplin dan kualiti aset yang berdaya tahan.

















