Bernama
Bursa jatuh 15 mata kepada 1,618.53
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan prestasi rendah berikutan penjualan berterusan di seluruh papan, dalam keadaan ekuiti serantau yang lemah serta pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia.
ASEAN mampu wujudkan sistem ekonomi sendiri
Langkah terbaik untuk ASEAN ialah menyelaraskan pasaran modal dengan nilai-nilai ASEAN yang dikongsi bersama, supaya mereka membawa komuniti yang pelbagai di rantau ini ke hadapan sistem kewangan.
Melaka gesa TNB pastikan sistem meter pintar berfungsi sempurna
Kerajaan negeri Melaka menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memastikan pelaksanaan sistem meter pintar termasuk aspek aplikasi 'myTNB' berfungsi dengan sempurna, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Banjir kilat di Pulau Pinang, 51 mangsa dipindahkan
Hujan lebat di beberapa kawasan di Pulau Pinang sejak malam tadi telah menyebabkan berlakunya banjir kilat dan memaksa 51 orang penduduk di Sungai Dua dan di sini berlindung di pusat pemindahan sementara.
Hanya langkah kawat berduri untuk masuk Malaysia dari Thailand – saksi
PUTRAJAYA - Saksi ke-22 Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari ini memberitahu beliau hanya...
Wanita sudah berkahwin perlu ada impian besar- Pemenang Mrs World
Wanita yang sudah berkahwin harus menyedari bahawa kehidupan tidak berakhir apabila mereka menikah kerana ada banyak perkara yang mereka boleh sumbangkan untuk pembinaan negara dan memperkasakan wanita.
Setahun PH: Tadbir urus yang baik asas kukuh bangunkan Malaysia
Realitinya, kita adalah kerajaan baharu tanpa pengalaman walaupun Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) adalah yang paling berpengalaman dalam dunia. Penting untuk kita (meletakkan) ‘good governance’ bagi mentadbir Malaysia yang berbilang kaum, agama dan budaya serta memenuhi harapan yang rakyat mahu kita laksanakan," kata Wan Azizah.
Hannah sangkal dakwaan calon DAP PRK Sandakan tak berpengalaman
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata Wong cukup berpengalaman malah pernah berkhidmat bukan sahaja di peringkat Parlimen Sandakan tetapi juga negeri setelah menjadi pegawai khas dalam Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Kekal MB, PH masih tadbir Perak antara kejayaan Peja
Ahmad Faizal berkata antara kejayaan setahun PH mentadbir Perak adalah berjaya menarik pelaburan asing ke negeri itu selain mengekang penerokaan tanah secara haram terutama oleh peneroka korporat.
Koroner tolak permohonan peguam tangguh tarikh prosiding Jumaat ini
Koroner Rofiah Mohamad berkata pihaknya tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi tempoh inkues berkenaan dan prosiding akan diteruskan mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 10 Mei (Jumaat).

















