Bernama
70,000 mohon masuk MRSM, kuota hanya 7,760 – Rina Harun
Beliau telah mengarahkan Mara agar mengumumkan keputusan pelajar yang berjaya diterima masuk ke MRSM lebih awal iaitu pada bulan ini bagi mengelakkan ibu bapa terpaksa membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka berulang kali.
Bayaran balik: kabinet arah PTPTN laksana kajian terperinci – Wan Saiful
Kita dalam proses untuk memulakan kajian dan dijangka perkara tersebut boleh dilaksanakan secepat mungkin awal tahun hadapan seperti yang diarahkan oleh kabinet. - Wan Saiful Wan Jan.
Tiba masanya akta lompat parti diwujud – Tuan Ibrahim
Pas memang terkejut dengan keadaan yang berlaku pada UMNO ini dan ia perkara yang pernah berlaku dalam Pas dan kita harapkan akan ada jalan penyelesaian buat UMNO dan pada masa yang sama kita tidak akan mencampuri urusan parti lain. - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Banjir: Hanya dua PPS masih dibuka di Kuantan
Keadaan banjir di daerah Kuantan beransur pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi pada tengah hari ini.
Kuil Seafield diminta pulangkan tanah, wang – MB Selangor
Tapak tanah seluas 0.405 hektar (satu ekar) dan wang pampasan berjumlah RM1.5 juta yang diberikan oleh pemaju perlu dipulangkan semula sebagai sebahagian daripada penyelesaian yang dicadangkan oleh Peguam Negara.
Tiada lagi amalan kuota khas, surat sokongan haji
Apabila kuota ini diberikan pula kepada pihak tertentu, jadi kuota untuk rakyat sudah menjadi semakin sedikit sehingga menyebabkan tempoh menunggu menjadi terlalu panjang... sehinggakan ada yang sudah uzur baru dapat mengerjakan haji. - Fuziah Salleh
Idris Jusoh minta jangan percaya beliau akan keluar UMNO
Idris diuar-uarkan akan mengikut jejak Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, yang berbuat demikian semalam dan kini menjadi wakil rakyat bebas.
Cari formula terbaik untuk atasi kemelut semasa parti – Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya penyelesaian itu juga sedang difikirkan oleh Ahmad Zahid dan dalam masa sama, pelbagai pihak juga mengutarakan pendapat mereka dalam memastikan kelangsungan UMNO.
Bursa ditutup rendah
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 14.04 mata kepada 1,661.96 daripada pada penutup Khamis pada 1,676.00 berikutan penjualan kaunter berkaitan indeks seperti IHH Healthcare, Tenaga, Public Bank dan Maybank.
Tiada surcaj tarif elektrik pengguna domestik Semenanjung
Tiada surcaj tarif elektrik akan dikenakan kepada semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2019 walaupun kerajaan bersetuju meneruskan pelaksanaan mekanisme kos tak berimbang (ICPT) bagi tempoh tersebut, kata Suruhanjaya Tenaga.

















