Bernama
Peluang lunas dendam – Mat Yo
Impian penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha untuk bertemu pasukan Vietnam semula akhirnya menjadi kenyataan apabila turun pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Jangan sia-siakan aksi di Bukit Jalil – Cheng Hoe
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu keputusan seri tanpa jaringan ketika berhadapan Thailand tempoh hari berulang ketika melayani kunjungan Vietnam pada aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018, Selasa ini.
Polis, agensi kerajaan berjaya kawal himpunan ICERD
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang mengawal keselamatan pada perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di sekitar Jalan Raja di sini hari ini.
Hasil siasatan penyelewengan TH diumum Isnin ini – Mujahid
Ini kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kami jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihkan kerana ia melibatkan kepentingan Islam
Bawa pertikaian perairan ke meja rundingan – Muhyiddin
"Saya maklum apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Singapura beberapa hari lepas bahawa mereka (Singapura) ingin menyelesaikannya secara baik, jadi itu adalah langkah yang baik. Kita tidak mahu mencetuskan persaingan yang tidak perlu yang menimbulkan rasa tidak puas hati," katanya.
Ringgit diunjur positif
Ringgit dijangka diniagakan positif minggu depan berikutan minggu memberangsangkan untuk bon-bon tempatan.
Bursa dijangka diniaga dalam jajaran sempit minggu depan
Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan dalam julat sempit minggu depan, berlegar antara paras 1,680 dan 1,700, sebahagian besarnya didorong oleh turun naik dalam pasaran luaran.
Moody´s sahkan penarafan A3, kekalkan prospek stabil terhadap Malaysia
Agensi penarafan antarabangsa, Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan penerbit mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar senior Kerajaan Malaysia pada A3 dengan prospek stabil.
Singapura tidak setuju cara Malaysia
Singapura tidak bersetuju dengan cadangan Malaysia bagi kedua-dua negara menghentikan penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan, menurut Kementerian Luar Singapura.
UMNO, Pas tidak akan bergabung sebagai sebuah parti
Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua parti itu hanya menjalinkan kerjasama dan persefahaman sebagai blok pembangkang dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.

















