Bernama
50% dana Tekun untuk usahawan wanita – Ahmad Shabery
Separuh daripada peruntukan RM500 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dalam Bajet 2018 kini dikhaskan untuk membantu meningkatkan ekonomi usahawan wanita.
Susu tiruan: Dua peniaga didakwa 21 Feb.
Kes ini bulan Disember lepas heboh diperkatakan. Ini membuktikan kita buat (rampas dan dakwa) secara terperinci. Kita mengambil masa sedikit kerana kita memerlukan kerjasama pelbagai pihak. - Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Nilai berita dari media sosial dengan bijak – Ismail Sabri
Terdapat banyak berita yang tidak benar yang disogokkan kepada pembaca. - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PH gagal muktamadkan pengagihan kerusi DUN P. Pinang
Mengakui terdapat masalah dalam hal pembahagian kerusi, Dr Mahathir berkata, semestinya akan ada banyak pihak yang tidak puas hati dengan pengagihan tetapi matlamat utama adalah kemenangan calon yang bertanding.
HSR: Kerjasama UTeM, Jepun tingkat kepakaran kejuruteraan
Shahrin berkata, peluang mempelajari teknologi di sebalik sistem pengangkutan kereta api kelajuan tinggi Shinkansen di Jepun, antara lain membolehkan UTeM mempelajari pengurusan pengoperasian sistem kejuruteraan tinggi dengan lebih cekap dan berkesan.
Kelantan terima pelaburan RM3.1b sejak 2013
Katanya pada 2013, jumlah pelaburan di Kelantan sebanyak RM995 juta, 2015 (RM353 juta) dan 2016 (RM514 juta).
CIMB sokong Inisiatif 2.0 Felda
"Susulan Felda 2.0 bertujuan memberi wajah baharu kepada penempatan sedia ada, CIMB gembira untuk meningkatkan dan memberi sumbangan kepada inisiatif ini melalui pembangunan keusahawanan kami dan sokongan penanaman semula kepada Felda Lurah Bilut," katanya susulan pelancaran Lembah Digital di Felda Lurah Bilut, Bentong oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Kadar elektrik domestik empat terendah di dunia
Kadar tarif elektrik bagi kegunaan domestik di Malaysia berada di kedudukan keempat terendah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan.
KR1M 2.0 tawar 50 barangan berjenama dengan harga lebih murah
Kita juga telah menentukan untuk tidak lagi menjual barangan yang tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama sebab itu kita kekalkan barangan berjenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran. - Datuk Seri Najib Tun Razak.
Henti tular berita palsu demi keharmonian negara – Ali Rustam
Apabila menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU), kita akan menyaksikan lebih banyak berita palsu dan fitnah disebarkan oleh pembangkang bagi mengelirukan rakyat dan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan. - Tan Sri Mohd Ali Rustam.

















