Bernama
Purata gaji di Malaysia dijangka naik
Purata gaji di Malaysia dijangka meningkat kepada 3.2 peratus pada 2018 dan mengatasi pertumbuhan 1.3 peratus pada 2017, kata firma perunding pengurusan global, Korn Ferry Hay Group (Korn Ferry).
PAN gagal cabar pelantikan Ketua Hakim Negara
Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi menolak permohonan kebenaran yang difailkan Abang Ahmad Kerdee dengan alasan isu itu tidak boleh didebatkan kerana pelantikan berkenaan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
IMAMS akur arahan kerajaan batalkan perkhidmatan
Syarikat tersebut akan terus memberi kerjasama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Durian bakal muncul sebagai industri baharu negara
Pengusaha Durian SS2 Lee Chee Kong berkata gerai jualan durian yang telah diusahakan sejak 18 tahun dahulu telah berjaya menarik kehadiran pelbagai pelanggan termasuk dari luar negara.
TNB jangka tiada sebarang kenaikan tarif asas sehingga awal tahun
Mengenai prospek harga arang batu, Fazlur Rahman berkata ia dijangka menyederhana dalam tempoh tiga tahun akan datang dan dijangka rendah sedikit berbanding paras tinggi semasa.
Ikan tilapia Malaysia selamat dimakan
Tiada artikel saintifik di dalam dan luar negara berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.
S. Kumar gagal ujian doping
S. Kumar dikesan positif ujian doping ketika aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Asia ketika bertemu Oman pada 16 Oktober lalu.
Kadar sewa pejabat di KL diunjur merosot
Kadar sewa pejabat utama di Kuala Lumpur diramal terus merosot dalam tempoh 12 bulan akan datang berikutan pertambahan ruang pejabat baharu manakala tahap penghunian rendah menjadi kebimbangan industri tersebut.
Tular suspek kes bunuh ditahan tidak tepat – Polis Johor
Polis Johor meminta orang ramai menghentikan perbuatan menularkan maklumat kononnya polis telah menahan suspek kes bunuh di Taman Pelangi, di sini malam tadi.
Chong Wei terlepas gelaran Juara Siri Super Akhir Dunia
Pada aksi selama 84 minit di Kompleks Sukan Hamdan Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu, Chong Wei yang kini berada di kedudukan kedua dunia ditundukkan pemain muda dari Denmark itu 19-21, 21-19 dan 21-15.

















