Bernama
Program motivasi rumah tangga: Pasangan suami isteri didakwa langgar Akta Kaunselor...
Berdasarkan pertuduhan, pasangan suami isteri itu yang juga doktor klinik kecantikan didakwa telah menjalankan suatu kesalahan di bawah amalan sebagai kaunselor yang berdaftar di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini antara 27 hingga 30 Sept tahun lepas.
Sepucuk pistol ditemukan dalam beg galas hitam – Pegawai polis
Wan Ibrahim berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin, pada hari keempat perbicaraan kes Sharifah Faraha yang didakwa memiliki sepucuk pistol dipercayai dibekalkan kepada warga Israel, di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berkekalan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia menyokong sepenuhnya sebarang usaha yang dapat menamatkan keganasan dan penderitaan rakyat Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza.
TUDM nafi lengahkan perintah Mahkamah Rayuan berhubung perbicaraan semula bekas sarjan
Panglima TUDM Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata pasukan itu memandang serius pelaksanaan perintah berkenaan, namun pelaksanaannya tertakluk kepada prosedur perkhidmatan dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Edar dadah: Buruh kekal dipenjara seumur hidup, 12 sebatan
Mohd Jurib dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan selepas didapati bersalah mengedar dadah Methamphetamine seberat 177.51 gram di tepi jalan lampu isyarat Tawar, menghala ke Kuala Ketil, Baling, Kedah pada 4 petang, 14 April 2020, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ini suatu permulaan baharu – Mohamad Faisal
Pemain berusia 26 tahun itu berkata, gol terbaharunya itu bukanlah penamat, sebaliknya menjadi titik permulaan baharu untuk terus memberi sumbangan terbaik buat skuad Harimau Malaya.
Cklamovski nafi tidak hormati FAM, mohon maaf atas kenyataan yang disalah...
Walaupun berdepan kontroversi tersebut, Cklamovski menegaskan fokus utamanya sentiasa tertumpu kepada usaha mempersiapkan skuad Harimau Malaya agar dapat beraksi pada tahap terbaik, dan bukannya terhadap hal-hal pentadbiran.
Laos tekad pamer kebangkitan lawan Harimau Malaya
Pemain Laos, Kydavone Souvanny mengakui kekuatan Malaysia terletak pada kualiti dan pengalaman, terutamanya dengan kehadiran beberapa pemain yang beraksi di luar negara termasuk di Liga J1 Jepun.
Pekerja MPHS meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berbasikal
Seorang petugas Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti berbasikal secara bersendirian di Jalan Kuala Lumpur–Ipoh, Hulu Selangor pada Ahad lepas.
Pembinaan tembok keselamatan di Sungai Golok satu keperluan strategik – KP...
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hal ini kerana bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan airnya cetek menyebabkan kawalan keselamatan sukar dilaksanakan secara konvensional, meskipun dengan bantuan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, dron atau kamera litar tertutup.

















