Bernama
11 lelaki didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Vinod
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Husna Dzulkifly kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pekerja Bangladesh dituduh pandu melulu sebabkan kematian penghantar makanan
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memandu sebuah Nissan Almera secara melulu di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, pada 8.23 malam, 21 Julai lepas sehingga menyebabkan kematian Muhammad Jafni Baharudin, 28.
Pukul pelajar, bapa depan sekolah: Polis tahan beberapa Individu
Mangsa telah dikepung dan dipukul oleh kesemua suspek menyebabkan mangsa luka pada bahagian bibir dan lutut serta lebam di seluruh badan.
Pendirian Malaysia terhadap Israel bukan antisemitisme – Sarjana Universiti Columbia
Israel tidak mewakili keseluruhan masyarakat Yahudi di seluruh dunia, sambil menyifatkan dakwaan bahawa penentangan terhadap Israel secara automatik bersifat antisemitik sebagai tidak berasas.
Malaysia arah UNHCR hentikan sementara semua pendaftaran pelarian
Kerajaan telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan sementara semua pendaftaran pelarian bagi membolehkan penyusunan semula sistem pengurusan menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).
Tiada ‘langkah Bangkok’ atau ‘langkah Dubai’, tegas Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN berkata, komitmen tersebut selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan dan tidak pernah berubah.
Ringgit dibuka rendah seiring penurunan mata wang utama
Pada 8 pagi, ringgit berada pada paras 4.0855/0920 berbanding dolar AS 4.0850/0890 ketika ditutup semalam.
RTM penyiar rasmi Sukan Komanwel Glasgow 2026
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyambung momentum kejayaan siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026 dengan bertindak sebagai penyiar rasmi temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026, yang berlangsung esok hingga 2 Ogos ini.
Petros mula pengeluaran minyak darat pertama Sarawak selepas 50 tahun
Medan itu mula mengeluarkan kira-kira 800 tong minyak sehari atau bersamaan 24,000 tong sebulan, yang disifatkannya sebagai detik bersejarah terhadap usaha Sarawak memperkukuh kedudukannya dalam industri minyak dan gas.
Kes rasuah tender PDRM: Saksi dakwa Sayed Amir minta ‘portion’ 5...
Pengarah Nexuscorpgroup Sdn Bhd (NSB), Ismuni Johari, 58, berkata bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu memaklumkan perkara berkenaan kepada beliau dan Pengarah Urusan NSB Wan Azhar Mohamed Yusof ketika pertemuan kira-kira 30 minit di pejabat Sayed Amir Muzzakkir di Yayasan Tanah Aku di Publika di sini, pada Mei 2020.

















