Norlaile Abd Rahman
Polis Singapura beri amaran supaya tidak kempen PRU-14
Pihak Polis Singapura menyedari ada seruan yang meminta rakyat Malaysia yang berada di luar negara menyokong aktiviti politik termasuk oleh Global Bersih sempena pilihanraya umum tidak lama lagi.
“Rakyat asing mesti mematuhi undang-undang kami.
Pameran MSAM 2018 perkenal elemen digital
Abdul Wahid berkata, pameran yang diadakan setiap tahun ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami tentang pelaburan unit amanah dengan lebih jelas terutamanya hubung kait risiko dengan pulangan.
Perodua: UMW tidak pasti lanjutkan tawaran beli saham MBMR
Setakat ini tiada kata putus dalam menentukan sama ada UMW Holdings Bhd. (UMW) akan melanjutkan cadangan tawaran mandatori bagi mengambil alih baki saham MBM Resourcs Bhd. (MBMR) yang belum dimilikinya.
TNB meterai kemudahan pembiayaan GBP120 juta
Tenaga Nasional Bhd. (TNB) melalui anak syarikatnya, Tenaga Wind Ventures UK Ltd. menandatangani kemudahan pembiayaan dengan Bayerische Landesbank (BayernLB) bernilai GBP120 juta (RM652.34 juta).
Rumah di Serenia City berjaya dijual dalam tempoh sejam
Sime Darby Property Bhd. dalam kenyataannya berkata, projek kediaman pertama di Serenia City, Serenia Amania merangkumi pembangunan pegangan bebas di kawasan seluas 25.14 ekar terdiri daripada 302 unit rumah berangkai dua tingkat seluas 20 kaki x 70 kaki dengan harga bermula RM536,888 seunit.
Khamil Jamil letak jawatan
DRB-HICOM Bhd. mengumumkan peletakan jawatan Pengerusinya Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkuatkuasa 1 April ini.
PNB agih dividen dan bonus RM14.6b
Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah mengedarkan dividen dan bonus sebanyak RM14.6 bilion bagi tahun kewangan 2017 sekaligus menjadikan pembayaran terkumpul sejak penubuhannya adalah RM172.1 bilion.
Agihan dana ASB2 6.75 sen, dana RM10 bilion hampir habis
Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera 2 sebanyak 6.75 sen bagi tahun berakhir 31 Mac 2018 dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM562.9 juta.
KDNK berkembang 5.5-6 peratus tahun ini
Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan ekonomi negara bakal berkembang sekitar 5.5 peratus sehingga 6.0 peratus tahun ini selepas merekodkan pertumbuhan kukuh sebanyak 5.9 peratus tahun lepas didorong oleh permintaan domestik terutamanya sektor perkhidmatan.
Sapura Energy rugi bersih RM2.29 bilion
Sapura Energy Bhd. mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.29 bilion pada suku keempat berakhir 31 Januari 2018 susulan caj rosot nilai sebanyak RM2.1 bilion dari segmen kejuruteraan dan pembinaan.