Norlaile Abd Rahman
Bajet 2018 galak caruman SP1M
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, langkah kerajaan itu amat dialu-alukan kerana selama ini, entiti itu sangat bimbang terhadap kesejahteraan 13.7 juta rakyat Malaysia yang tidak dilindungi oleh sistem pelindungan sosial secara formal atau holistik.
Bajet 2018 praktikal
Bajet 2018 mencerminkan sensitiviti kerajaan kepada rakyat.
Ini diterjemahkan menerusi dasar-dasar penyayang tetapi praktikal terutamanya kepada golongan B40 dan M40.
Bajet 2018 komited bantu rakyat miliki rumah
Bagi memudahkan pemilikan rumah kepada rakyat, kerajaan dalam Bajet 2018 memperuntukkan dana sebanyak RM2.2 bilion.
Penjawat awam sentiasa dapat perhatian kerajaan
Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama
Kerajaan masih tanggung subsidi barang asas dan pengangkutan RM3.9b
Bajet 2018 masih memperuntukkan RM3.9 bilion untuk subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
GST ditambah baik
Kerajaan terus menambah baik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan tidak mengenakan cukai tersebut ke atas semua pembekalan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkuatkuasa 1 April 2018 atau 1 Oktober 2018 mengikut pilihan PBT tersebut.
Bayaran khas RM1,500 untuk penjawat awam
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pembayaran akan dibuat dua kali iaitu sebanyak RM1,000 pada awal Januari 2018 dan baki RM500 lagi akan dibayar menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan
Cuti bersalin mandatori sektor swasta 90 hari
Kerajaan mencadangkan supaya cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari kepada 90 hari sama seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.
Kaum India terima 1.5b unit tambaham AS1M
Inisiatif baharu itu terhad kepada 30,000 unit bagi setiap pelabur akan diagihkan menerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB).
RM6 bilion diperuntuk untuk memperkasa bumiputera
Sejumlah RM6 bilion dalam Bajet 2018 diperuntukkan untuk memperkasabumiputera melalui dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.
















