Lensa MalaysiaGazette
Daily Life – #Ramadhan 2019
Seorang lelaki memanfaat masa terluang dengan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2019
Anwar Ibrahim Melawat Bekas Pemain Drum Kumpulan Search, Yazid Ahmad
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kanan) diiringi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) beramah mesra dengan bekas pemain drum kumpulan Search, Yazid Ahmad (dua kiri) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 11 MEI 2019.
Royale Chulan dan Rozita Che Wan, Buka Puasa Dengan Anak-anak Yatim
Pelakon, Rozita Che Wan (tengah) dan keluarga bersama kakitangan Royale Chulan The Curve bergambar kenangan bersama anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Royale Chulan The Curve, Damansara foto NOOREEZA HASHIM, 09 MEI 2019.
Tun M dan Ahli-ahli Kabinet di Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melambaikan tangan kepada para media pada Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 09 MEI 2019
DAILY LIFE – Pondok Moden Darussalam Sijangkang #TAHFIZ
Pelajar, Muhammad Nasrul Aiman meluangkan masa membaca Al-Quran sempena bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pondok Moden Darussalam Sijangkang, Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 08 MEI 2019
Anthony Loke Lihat Demonstrasi Pemeriksaan Cermin Gelap
Alat pengesan kadar ketelusan cahaya tampak yang digunakan oleh Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pemeriksaan kenderaan bercermin gelap selepas sidang media mengenai pindaan ke atas peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan motor di Kementerian Pengangkutan, Presint 4, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 07 MEI 2019.
Daily Life – Tapak Bazaar Ramadhan Dataran Merdeka Lengang!
Tapak gerai berkeadaan kosong kerana peniaga mengambil tindakan memboikot dari berniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 06 MEI 2019
Daily Life – Kemeriahan Juadah Hari Pertama di Bazaar Ramadhan
Peniaga, Superiatni Zainal Abidin menunjukkan ketam kecil untuk dijual kepada orang ramai pada hari pertama Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazaar Jalan Raja Alang, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 MEI 2019
Daily Life – Malam Pertama Solat Sunat Tarawih #Ramadan2019
Gelagat seorang kanak-kanak ketika menunggu ibunya menunaikan solat sunat Tarawih pada malam pertama bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2019
Cerapan Anak Bulan Ramadhan
Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2019