Monday, December 23, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Lensa MalaysiaGazette

Lensa MalaysiaGazette

1720 Artikel 0 Komen

Cuti Hujung Minggu #KL2024

Orang ramai meluangkan masa dengan menyelami hampir 80,000 koleksi buah buku serta melihat keunikan reka bentuk susunannya pada cuti hujung minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di RexKL, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 MAC 2024.

Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 ketika di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 26 FEBRUARI 2024.

Penghormatan Terakhir Allahyarham TUN ABDUL TAIB MAHMUD

Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari Dewan Syarahan Utama Masjid Negara untuk di bawa ke TUDM Subang bagi diterbangkan pulang ke Sarawak untuk dikebumikan ketika di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 FEBRUARI 2024.

Kebakaran Unit Rumah di Flat Sri Sabah

Beberapa unit kediaman hangus dijilat api dalam kebakaran di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras. Foto SYADILA AMARI, 11 FEBRUARI 2024.

Sambutan Tahun Baharu Cina #2024

Persembahan tarian naga ketika upacara keagamaan sempena menyambut Tahun Baharu Cina di Tokong Shui Yue Gong Guan Yin, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 FEBRUARI 2024.

Sebahagian PATI Yang Merusuh dan Lolos Dicekup

Empat daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 3:30 petang tadi, berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

Istiadat Sultan Ibrahim Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (tengah) bersama barisan Majlis Raja-Raja Melayu pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana, Kuala Lumpur. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 JANUARI 2024.

Perjalanan Sultan Ibrahim Ke Istana Negara #AgongXVII

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melambai kepada para hadirin di Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebelum berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Keberangkatan Tiba Sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17 ketika di Johor Bahru. Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 JANUARI 2024.

LENSA MG | Dirgahayu Tuanku AL-SULTAN ABDULLAH

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto arkib JABATAN PENERANGAN MALAYSIA, 31 JANUARI 2024.

Reaksi Tun Daim di Mahkamah Kuala Lumpur

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin melambai ke arah media ketika keluar dari mahkamah selepas mengaku tidak bersalah atas kesalahan tidak mematuhi notis SPRM dan gagal mengisytiharkan harta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 29 JANUARI 2024.