Manzaidi Mohd Amin
Terima teguran, jangan cepat persalahkan Pemuda
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap pucuk pimpinan parti menerima dengan hati terbuka Ucapan Dasarnya tadi kerana ia adalah suara anak muda yang mahu UMNO pulih kembali.
Siap sedia depani remaja18 tahun
Pergerakan Pemuda UMNO perlu bersiap sedia dari sekarang untuk berdepan dengan golongan muda yang akan mencecah usia 18 tahun, kata wakil Pemuda UMNO Selangor, Rizam Ismail.
Pemuda MCA di ‘boo’ perwakilan Pemuda UMNO
Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) gamat dengan ‘boo’ oleh perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO sebaik sahaja Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon tidak dapat hadir pada persidangan sayap UMNO itu.
Pemimpin UMNO perlu kikis sikap suka menunjuk
Kita suka menunjukkan kemewahan, kita menunjukkan sikap elitis kita kepada rakyat di bawah, akhirnya kita menerima kekalahan. - Muhamad Sufian Maradzi.
Ambil tindakan pemimpin lompat parti – Asyraf Wajdi
Kerana sikap kealpaan parti kita, rakyat telah menolak dan hilang keyakinan kepada kita, lantas dengan mudah memberikan undi kepada Pakatan Harapan. - Asyraf Wajdi Dusuki.
Lima teras penjenamaan baharu Pemuda UMNO
Pemuda bawah kepimpinannya juga selepas ini akan tampil berani mengkritik dan menegur sesiapa sahaja, hatta pimpinan atasan demi memastikan parti sentiasa berada pada landasan yang betul dan tidak sesekali mengkhianati agenda rakyat.
Tidak hadir PAU, Abdul Hadi tidak hormati UMNO
Namun, bagi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beliau dan barisan tertinggi kepimpinan parti termasuk Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri serta Datuk Seri Mahdzir Khalid sanggup membatalkan majlisnya semata-mata mahu memenuhi jemputan Pas ke muktamar parti itu 15 September lalu.
UMNO tidak akan runtuh sewenang-wenangnya, kecuali diharamkan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) kecundang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, tetapi parti itu masih memenangi 54 kerusi Parlimen menjadikan kerusi terbanyak yang dimenangi oleh satu parti.
Zahid ucap selamat maju jaya kepada Isa
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada calon Bebas, Tan Sri Isa Samad yang mengumumkan bertanding atas tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini.
PAU 2018 disambut sederhana
Bezanya, PAU 2018 kali ini diadakan ketika UMNO dalam ‘mood’ kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, menyebabkan sambutannya diadakan dalam suasana sederhana.

















