Monday, September 21, 2026
Home Penulis Artikel Oleh MGFlash

MGFlash

4669 Artikel 0 Komen

Wanita Maut Terbakar 80 Peratus Di Klebang #MGFlash

Seorang wanita maut selepas dipercayai membakar diri sendiri menggunakan minyak tanah dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli belah di Klebang, Ipoh, Perak malam tadi.

Dua Lelaki Ditahan Miliki Pistol Tiruan #MGFlash

Dua lelaki yang mempunyai rekod lampau ditahan selepas didapati memiliki sepucuk pistol palsu ketika rondaan polis di pekan Kahang, semalam.

Tiada Laporan Diterima Insiden Jalur Gemilang Terbalik #MGFlash

Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan Jalur Gemilang yang digantung terbalik di sebuah kedai serbaneka di Brickfields yang tular pada Rabu.

Penjual Aiskrim Tular Motosikal Disita, Sebenarnya Warga Asing Tiada Lesen #MGFlash

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengesahkan motosikal penjual aiskrim yang tular disita dalam sekatan jalan raya di Krubong, petang semalam ditunggang warga asing yang tidak mempunyai lesen.

Pusat Hiburan Diserbu, Tawar GRO Ikut Nombor Badan RM300 Sejam #MGFlash

Pilih gadis pelayan pelanggan (GRO) ikut nombor badan dengan bayaran mencecah RM300 sejam, itu ‘pakej eksklusif’ ditawarkan sebuah pusat hiburan di Jalan Bagan Luar di Butterworth, Pulau Pinang yang dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan, awal pagi tadi.

Henti Kongsi Maklumat Tidak Sahih Berkaitan Kes Kematian Zara Qairina #MGFlash

Semua pihak dinasihat menghentikan sebarang tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat tidak sahih berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina.

JIM Bongkar Taktik Tukang Cuci ‘Direkrut’ Jadi Pekerja Kilang #MGFlash

Taktik licik ejen merekrut pekerja asing menggunakan permit sektor pembersihan serta buruh binaan sebagai pekerja kilang akhirnya berjaya dibongkar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah kilang di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.

Penting Faham BM, Akmal Sindir DAPSY • Suspek Pecah Rumah Saksi...

Penting Faham BM, Akmal Sindir DAPSY • Suspek Pecah Rumah Saksi Kes Guan Eng Diburu

Anak Pukul Bapa Guna Kerusi Kayu Sehingga Maut #MGFlash

Seorang warga emas ditemukan maut disebabkan kecederaan parah selepas dipukul anaknya menggunakan kerusi di Kampung Kuala Gris, Kuala Krai, Kelantan pagi tadi.

Dua Pelajar Mengaku Tampar Rakan Sekelas Di Pusat Beli-Belah #MGFlash

Dua daripada empat pelajar tingkatan satu mengaku bersalah di atas pertuduhan menampar dan mencederakan rakan sekelas di tangga belakang sebuah pusat beli-belah di Kajang pada 30 Julai lalu.