Friday, May 31, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

Bulan Kebangsaan – Kibaran Jalur Gemilang

Skrin LED 3 dimensi memaparkan kibaran jalur gemilang bagi memeriahkan Hari Kebangsaan sempena kemerdekaan ke 65 tahun pada 31 Ogos ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pavilion, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 12 OGOS 2022

Pemandangan Malam Cahaya Jalur Gemilang di Putrajaya

Pancaran cahaya lampu kombinasi warna biru, kuning, merah dan putih yang membawa simbolik Jalur Gemilang menerangi Jambatan Seri Saujana menceriakan malam menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke 65 tahun ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 11 OGOS 2022.

Reaksi Jamal Yunos Selepas Bebas Tuduhan Muat Naik Kenyataan Jelik

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berjalan keluar dari mahkamah selepas bebas daripada dua pertuduhan memuat naik video dengan kenyataan jelik di laman Facebook di Mahkamah Majistret Ampang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 10 OGOS 2022.

Wan Saiful Serah Memorandum Tuntut RCI Kes LCS

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan bersama kepimpinan BERSATU menunjukkan memorandum selepas menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai isu skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia di hadapan Pintu 3 Istana Negara, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'M, 10 OGOS 2022.

Hishammuddin Bersama Prabowo Mempengerusikan Mesyuarat Ke-42 GBC MALINDO

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) mengatakan sesuatu dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto selepas menandatangani memorandum persefahaman pada Mesyuarat ke-42 General Border Committee Malaysia-Indonesia (GBC MALINDO) di Wisma Perwira, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 09 OGOS 2022.

Azmin Ali, Ronald Kiandee Saksi Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik Anjuran Kementerian...

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (empat kiri) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) antara wakil Biotropics Malaysia Berhad bersama SHRF Food Industries Sdn Bhd pada Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik Anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sempena Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Selangor. Foto MUHD NA'IM, 08 OGOS 2022.

Radzi Jidin Hadir Penutup Kejohanan Bola Tampar Amatur Putrajaya

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (tengah) menyampaikan hadiah kepada pasukan yang meraih johan pada Penutup Kejohanan Bola Tampar Amatur Putrajaya di Sekolah Menengah Presint 16 (1), Putrajaya. Foto MUHD NA'IM, 07 OGOS 2022.

Ronald Kiandee Rasmi Logo Smart SBB, Aplikasi RIMS

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (tengah) menyempurnakan Pelancaran Logo Smart Sawah Berskala Besar (SBB), Aplikasi Rice Information Management System (RIMS), Ladang '57 Beras Wangi Horeca dan 3FR SOP Manual sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 07 OGOS 2022.

PM Rasmi Pameran MAHA 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee melawat ke tapak pameran selepas Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA 2022) di MAEPS Serdang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 06 OGOS 2022.

Selamatkan TAPIR MALAYA #101

Gelagat seorang kanak-kanak riang melawat ke Pameran seni 101 tapir mini bagi Kempen Kesedaran Tapir Malaya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Publika, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 04 OGOS 2022.