Friday, November 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

Noor Mohamad Shakil Hameed

41 Artikel 0 Komen

Integriti pendakwah ekspres membimbangkan

Dalam hal ini timbul persoalan sejauh mana pegangan dan amalan integriti golongan pendakwah muda seperti ini yang muncul umpama cendawan selepas hujan menggunakan jalan pintas secara ekspres, kata Noor Mohamad Shakil.

Tanggungjawab majikan tangani kluster tempat kerja

Bagi majikan yang mempunyai bilangan pekerja warga asing yang ramai serta menyediakan kemudahan penginapan, majikan perlu memikul tanggungjawab menyediakan tempat kediaman yang kondusif dan selamat.

Tahniah DBKL, PBT lain tunggu apa lagi?

Walaupun keputusan ini mengundang pelbagai persoalan, perdebatan dan juga bangkangan dalam segelintir anggota masyarakat yang terkesan namun tindakan berani dan keputusan muktamad ini sangat dialu-alukan. Penulis percaya majoriti anggota masyarakat menyokong penuh usaha murni DBKL ini.

PKPB: Rakyat semakin gelisah

Antara kegelisahan utama sekarang ialah, PKPB dikhuatiri boleh menutup terus “periuk nasi” sekelompok besar masyarakat kita seperti pekerja swasta dan yang bekerja sendiri.

Integriti: Umpama mencari semut hitam

Namun secara prinsipnya setiap individu boleh dinilai tahap integriti diri berdasarkan sikap dan tingkah laku yang ditonjolkan tanpa dikaitkan dengan latar belakang pekerjaan, keluarga, agama mahupun bangsa.

Tiga keperluan utama rakyat

Apabila ramai yang hilang pekerjaan, keadaan ekonomi pula sangat tidak menentu dan ini ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup, maka satu lagi keperluan mendesak rakyat ialah ketiadaan wang tunai di tangan untuk menampung keperluan perbelanjaan harian.

Realiti kehidupan rakyat marhaen

Realitinya, keadaan tetap tidak akan berubah, apatah lagi kita tidak ada banyak pilihan. Kehidupan perlu diteruskan walau dengan apa cara sekali pun. Inilah realiti kehidupan kita pada hari ini dan keadaan ini dijangka akan berterusan untuk suatu tempoh masa yang cukup lama.

Salah laku anggota penguatkuasa membimbangkan

Jelas sekali situasi salah guna kuasa dalam kalangan anggota penguat kuasa kini semakin meruncing. Buktinya hampir setiap hari ada laporan tentang kes salah guna penguat kuasa dari pelbagai agensi penguatkuasaan. Nilai rasuah dan penyelewengan yang terlibat juga cukup besar dan amat mengejutkan.

Rakyat sudah lama cemas

Secara umumnya sejak awal tahun ini rakyat sudah terbiasa dengan situasi cemas berhadapan dengan tiga jenis “darurat” iaitu, cemas dari segi kesihatan dan keselamatan, cemas dari segi ekonomi dan sara hidup serta cemas dari segi ketidaktentuan landskap politik negara. Jadi kita sudahpun berada dalam kedaaan cemas ataupun “darurat” sejak awal tahun lagi, justeru tiada apa lagi yang mahu dirisaukan andai kerajaan mahu isytihar darurat sekarang.

Hayati semangat bahasa jiwa bangsa

Kita perlu sedar betapa bahasa kebangsaan ini besar peranannya jika kita mahu memantapkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita.