Friday, April 26, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

Noor Mohamad Shakil Hameed

41 Artikel 0 Komen

Negara perlukan kerajaan yang stabil

Ironinya persoalan yang berlegar di kotak pemikiran rakyat sekarang ialah, andai Anwar berjaya membentuk kerajaan sekalipun sejauhmana kerajaan itu akan bertahan dengan mengambilkira sokongan Ahli Parlimen yang dilihat sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Maka tiada jaminan mana-mana kerajaanpun mampu bertahan jika dibentuk dalam keadaan yang rapuh dan tidak kuat serta stabil.

Tutup sekolah: Pastikan pendidikan tidak terabai

Dalam pada itu ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak terus kekal fokus ketika menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Sediakan persekitaran dan kemudahan yang kondusif serta bersesuaian agar anak-anak dapat belajar dengan tenang dan selesa. Malah ibu bapa juga wajar bertindak sebagai guru di rumah dengan membantu anak-anak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Kita yakin kerjasama erat antara guru dan ibu bapa ini mampu meneruskan kecemerlangan pendidikan anak-anak.

Leraikan keresahan ibu bapa dengan segera

Ironinya sudah mula kedengaran keluhan dalam kalangan ibu bapa apabila terdapat keputusan yang tidak standard dalam arahan penutupan sekolah.

Masa untuk rakyat jaga rakyat

Sesungguhnya tugas untuk memutuskan rantaian penularan wabak ini adalah tanggungjawab setiap individu baik rakyat mahupun ahli politik. Hal ini kerana virus Covid-19 tidak kenal taraf kedudukan mahupun bangsa dan agama kita.

Ayob Khan ikon integriti penjawat awam

Kita dapat melihat betapa tegas dan konsistennya Ayob Khan menangani penjenayah. Ketegasan dan keberanian beliau tidak boleh disangkal dan dipertikaikan lagi.

Kitalah Malaysia

Hakikatnya, inilah satu-satunya negara yang kita ada. Terimalah dengan seadanya apa yang kita ada ini. Terimalah kenyataan bahawa seluruh warga bumi bertuah ini merangkumi orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Susun, Bajau, Dayak, Melanau dan semua etnik minoriti yang lain adalah rakan dan saudara yang memiliki hubungan yang sangat istimewa umpama air dicincang tidak akan putus. Baik ketika senang mahupun ketika susah kitalah yang akan saling bersama dan bantu membantu antara satu sama lain.

Tunai tanggungjawab terhadap negara

Justeru pendedahan bahawa seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih agak mengecewakan dan juga membimbangkan. Angka itu mewakili 22% daripada jumlah rakyat Malaysia yang kini layak untuk memilih.

Masalah air bila nak selesai?

Umpama sudah terang lagi bersuluh, semua pihak tahu insiden pencemaran air seperti ini dilakukan oleh siapa, berlaku di kawasan mana serta apa implikasinya kepada kehidupan rakyat. Namun anehnya kita masih membiarkan insiden ini terus berlaku. Sedar atau tidak pihak berkuasa hanya “bising” dan “kecoh” apabila berlaku pencemaran dan bekalan air terpaksa dihentikan. Maksudnya kita hanya bertindak bila ianya berlaku, sepatutnya kita bertindak dengan lebih proaktif dan agresif dengan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum sesuatu insiden itu berlaku. Paling mudah, pantaulah lokasi dan status semua sungai yang menjadi

Tempoh PKPP wajar dilanjutkan

SYOR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir pada 31 Ogos...

Hayati erti sebenar kemerdekaan

Justeru kita berharap agar pihak kerajaan akan merangka program yang berterusan supaya sejarah kemerdekaan dan detik 31 Ogos 1957 terus dikenang dan disambut sepanjang tahun melalui pelbagai majlis dan program.