Noor Mohamad Shakil Hameed
Negara perlukan kerajaan yang stabil
Ironinya persoalan yang berlegar di kotak pemikiran rakyat sekarang ialah, andai
Anwar berjaya membentuk kerajaan sekalipun sejauhmana kerajaan itu akan
bertahan dengan mengambilkira sokongan Ahli Parlimen yang dilihat sentiasa
berubah dari semasa ke semasa. Maka tiada jaminan mana-mana kerajaanpun
mampu bertahan jika dibentuk dalam keadaan yang rapuh dan tidak kuat serta
stabil.
Tutup sekolah: Pastikan pendidikan tidak terabai
Dalam pada itu ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak terus kekal fokus ketika
menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Sediakan persekitaran dan
kemudahan yang kondusif serta bersesuaian agar anak-anak dapat belajar dengan
tenang dan selesa. Malah ibu bapa juga wajar bertindak sebagai guru di rumah
dengan membantu anak-anak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Kita
yakin kerjasama erat antara guru dan ibu bapa ini mampu meneruskan kecemerlangan pendidikan anak-anak.
Leraikan keresahan ibu bapa dengan segera
Ironinya sudah mula kedengaran keluhan dalam kalangan ibu bapa apabila terdapat keputusan yang tidak standard dalam arahan penutupan sekolah.
Masa untuk rakyat jaga rakyat
Sesungguhnya tugas untuk memutuskan rantaian penularan wabak ini adalah
tanggungjawab setiap individu baik rakyat mahupun ahli politik. Hal ini kerana virus
Covid-19 tidak kenal taraf kedudukan mahupun bangsa dan agama kita.
Ayob Khan ikon integriti penjawat awam
Kita dapat melihat betapa tegas dan konsistennya Ayob Khan menangani penjenayah. Ketegasan dan keberanian beliau tidak boleh disangkal dan dipertikaikan lagi.
Kitalah Malaysia
Hakikatnya, inilah satu-satunya negara yang kita ada. Terimalah dengan seadanya
apa yang kita ada ini. Terimalah kenyataan bahawa seluruh warga bumi bertuah ini
merangkumi orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Susun, Bajau, Dayak, Melanau dan
semua etnik minoriti yang lain adalah rakan dan saudara yang memiliki hubungan
yang sangat istimewa umpama air dicincang tidak akan putus. Baik ketika senang mahupun ketika susah kitalah yang akan saling bersama dan bantu membantu
antara satu sama lain.
Tunai tanggungjawab terhadap negara
Justeru pendedahan bahawa seramai 4.2 juta penduduk di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas dan layak mengundi, masih
belum mendaftar sebagai pemilih agak mengecewakan dan juga membimbangkan. Angka itu mewakili 22% daripada jumlah rakyat Malaysia yang kini layak untuk memilih.
Masalah air bila nak selesai?
Umpama sudah terang lagi bersuluh, semua pihak tahu insiden pencemaran air
seperti ini dilakukan oleh siapa, berlaku di kawasan mana serta apa implikasinya
kepada kehidupan rakyat. Namun anehnya kita masih membiarkan insiden ini terus
berlaku. Sedar atau tidak pihak berkuasa hanya “bising” dan “kecoh” apabila berlaku
pencemaran dan bekalan air terpaksa dihentikan. Maksudnya kita hanya bertindak
bila ianya berlaku, sepatutnya kita bertindak dengan lebih proaktif dan agresif
dengan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum sesuatu insiden itu
berlaku. Paling mudah, pantaulah lokasi dan status semua sungai yang menjadi
Tempoh PKPP wajar dilanjutkan
SYOR Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijadual berakhir pada 31 Ogos...
Hayati erti sebenar kemerdekaan
Justeru kita berharap agar pihak kerajaan akan merangka program yang berterusan supaya sejarah kemerdekaan dan detik 31 Ogos 1957 terus dikenang dan disambut sepanjang tahun melalui pelbagai majlis dan program.