Noraini Razak
70 notis amaran dikeluarkan kepada perokok di N. Sembilan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengeluarkan 70 notis amaran kepada individu yang melakukan kesalahan merokok di premis makanan dalam tempoh tiga hari operasi penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan di negeri ini sejak 1 Jan lepas.
Ribut siklon: JBPM buat pemantauan, rondaan di persisir pantai
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengarahkan balai-balai membuat pemantauan dan rondaan di pesisir pantai bagi memastikan keadaan sekitar selamat dan tindakan operasi menyelamat dapat berjalan dengan pantas sebagai persiapan menghadapi ribut tropikal Siklon.
Tamat khidmat imam di Perlis tidak libatkan kerajaan Pusat – Mujahid
Keputusan menamatkan perkhidmatan 25 imam masjid di Perlis dan menukar 10 lagi ke khariah lain pada Khamis tidak melibatkan kerajaan pusat kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
KWSP perjelas pembelian tanah dilakukan secara profesional
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa pembelian tanah di Sungai Buloh oleh anak syarikat milik penuhnya, Kwasa Land Sdn. Bhd pada 2012, dilaksanakan secara profesional.
Imam yang dipecat diminta bertenang, jangan jejaskan nama baik
Pemecatan 25 orang imam dan 10 lagi yang ditukarkan adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan di luar bidang kuasa kerajaan negeri, kata pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais.
Pemandu peribadi didakwa pukul kepala isteri dengan seterika
Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan cedera dengan memukul kepala isterinya menggunakan seterika dan plug penyambung, minggu lepas.
Pendakwaan diberi sebulan lengkapkan dokumen tuduhan pecah amanah Hasanah
Hakim Rozina Ayob berkata ini kerana sebelum ini kes itu telah ditetapkan untuk sebutan dan sepatutnya hari ini semua dokumen sudah lengkap.
Pekerja restoran ditampar selepas tegur pelanggan jangan merokok
Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di sini ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan.
Larangan Merokok: Tak wajar kenakan denda kepada peniaga
Tindakan mengenakan denda kepada peniaga kecil sekiranya terdapat pelanggan yang menghisap rokok di premis mereka adalah tidak wajar dan sememangnya membebankan, kata Presiden Dewan Perdagangan ASEAN, Datuk Moehamad Izat Emir.
Syed Saddiq minta pejabatnya lapor polis tentang penyamar
Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta pejabatnya membuat laporan polis berhubung seorang penyamar yang mendakwa sebagai 'pembantu MP Muar' dan meminta komisyen 30 peratus.

















