Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Noraini Razak

Noraini Razak

5188 Artikel 5 Komen

Hukuman mati: Tiada U-turn tetapi kaji pampasan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, untuk "menenangkan"  dan meringankan beban yang ditanggung ahli keluarga, kerajaan sedang mengkaji pemberian  "pampasan" dengan merujuk amalan di Amerika Syarikat.

Menteri Kabinet lahirkan rasa kesal tindakan biadab pemandu teksi

Tindakan sekumpulan pemandu teksi membuat kecoh dalam sesi dialog Bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Langkawi pagi tadi bukan sahaja mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen malah turut menarik perhatian barisan menteri Kabinet.

Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memperkukuh sokongan di Selangor apabila kekal mendahului pencabar tunggalnya dalam saingan jawatan timbalan presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli pada fasa kedua pemilihan parti yang berlangsung di tujuh cabang di Selangor hari ini.

Mayat ketujuh mangsa tanah runtuh ditemui – Polis

Mayat ketujuh mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.

Tanah runtuh maut: NGO salahkan kerajaan Pulau Pinang

Penang Forum, gabungan kumpulan masyarakat sivil berkepentingan awam kesal berikutan kegagalan pihak berkuasa mencegah kejadian tanah runtuh hari ini di tapak projek lebuh raya berkembar di Jalan Bukit Kukus yang setakat ini telah meragut tiga nyawa.

Tiada kerja pembinaan dilakukan ketika kejadian tanah runtuh – Chow

Tiada kerja-kerja pembinaan dijalankan di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus ketika kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini hari ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Tiga mayat ditemui, seorang cedera, ramai masih tertimbus

Tiga maut, seorang cedera manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi dipercayai masih terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, dekat sini hari ini.

Tanah runtuh P. Pinang: Tiga dikhuatiri maut, 12 lagi hilang

Tiga dikhuatiri maut manakala 12 lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di lokasi pembinaan lebuh raya di Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang.

Ahmad Zahid Hamidi diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diikat jamin RM2 juta bagi kesemua 45 pertuduhan dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan kes.

Wan Azizah kesal Suu Kyi abai isu Rohingya

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.