Noraini Razak
Najib tawar RM3.5 juta jika mengaku bunuh Kevin Morais, kata tertuduh
Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.
Tun Dr Mahathir selamat kembali dari lawatan kerja ke UK
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara di Subang selepas mengetuai delegasi Malaysia ke sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan lawatan ke United Kingdom.
Tiada sidang media untuk keputusan UPSR, PT3 – Teo Nie Ching
Tiada sidang media khas akan dibuat bagi mengumumkan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kata Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.
13 kontraktor direman enam hari bantu siasatan tuntutan palsu
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.
13.7 juta pekerja Malaysia tidak dilindungi Perkeso – Dr Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan kira-kira 13.7 juta pekerja di Malaysia pada ketika ini tidak dilindungi oleh sebarang bentuk polisi pelindungan keselamatan sosial.
Pengarah syarikat didakwa salah guna wang lebih RM900,000
Seorang pengarah syarikat kejuruteraan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta milik seorang ahli perniagaan berhubung pembelian saham syarikat bernilai lebih RM900,00 tiga tahun lalu.
Pandikar Amin, Roosme kemuka bantahan awal berhubung isu RUU 355
Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Pandikar Amin dan Roosme kepada pemberita selepas berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan hari ini.
Media Prima lantik Mustapha Kamil sebagai pengarah eksekutif
Media Prima Bhd melantik Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial berkuat kuasa 2 Okt.
Nor Hisham sebak terkenang peristiwa ‘penyapu’
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan sebak apabila terkenang peristiwa penerimaan ‘penyapu’ daripada kerajaan Negeri Selangor ketika beliau berkhidmat di bawah Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) pada tahun 2007.
Ahli Parlimen Umno tinggal ’empat kerat sahaja’ hujung bulan ini, kata...
Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangkakan jumlah anggota Parlimen daripada UMNO akan semakin menyusut menjelang akhir bulan ini.

















