Noraini Razak
Kes Muhammad Shafee dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Ini berikutan Hakim Datuk Azman Abdullah membenarkan permohonan Muhammad Shafee untuk memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju supaya kes itu dipindahkan.
Gunung berapi Soputan di Sulawesi meletus
Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di Kabuten Minahasa, Provinsi Sulawesi Utara, meletus pagi ini.
COO Malaysia Airlines akan berucap di majlis utama penerbangan di Singapura
Ketua Pegawai Operasi (COO) Malaysia Airlines Bhd, Ahmad Luqman Mohd Azmi akan menyampaikan ucaptama di Perkhidmatan Penerbangan Komersial Asia Pasifik di Singapura pada 6 November.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas dua hari berada dalam aliran rendah, disokong harga minyak mentah yang lebih tinggi, kata peniaga.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Harga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Pasukan bantuan Mapim tiba di Makassar
Kumpulan Misi Bantuan Kemanusian Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tiba di sini, hari ini, kira-kira 877 km dari Kota Palu yang dilanda gempa bermagnitud 7.7 skala Richter dan tsunami pada Jumaat lepas.
Senanglah kerja semua orang guna modal ‘semua salah Najib’
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai tuduhan liar terhadapnya timbul sejak kebelakangan ini seolah-olah jalan mudah untuk dijadikan modal apabila sesuatu perkara yang gagal dilaksanakan.
Polisi tiada straw mula tahun depan
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan melancarkan satu "pelan tiada plastik sekali guna" pada 17 Oktober dan intipati program itu termasuk pelaksanaan polisi tiada straw mulai tahun depan.
Dua kapal nelayan Malaysia disita Indonesia
Ia merupakan kejadian ketiga yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa pemerintahan. Sebelum ini, sebuah kapal nelayan juga dari Hutan Melintang telah disita pada 18 September dan lima pekerja warganegara Myanmar ditahan.
DAP boikot kenduri percuma PD
Tidak berpuas hati dengan penggunaan "cara kempen ala BN" yang menawarkan makan minum percuma dalam kenduri, ahli DAP Port Dickson dilaporkan memboikot satu program kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim.

















