Pemimpin-pemimpin negara anggota BRICS. - Foto AFP

NEW DELHI – Negara-negara BRICS menolak sebarang langkah sepihak yang bertujuan mengubah status undang-undang dan sejarah Baitulmuqaddis yang diduduki, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin perkumpulan itu pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami menolak sebarang langkah sepihak yang bertujuan mengubah status undang-undang dan sejarah Baitulmuqaddis yang diduduki,” menurut dokumen itu.

Pemimpin berkenaan turut menggesa supaya kesucian semua tempat suci di bandar itu dihormati dan akses ke tempat-tempat berkenaan diberikan.

Selain itu, mereka menggesa pihak-pihak berkenaan supaya “memastikan gencatan senjata dikekalkan serta akses kemanusiaan penuh dan tanpa halangan di Semenanjung Gaza”.

Menurut kenyataan itu, penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai menerusi cara aman dan bergantung kepada usaha merealisasikan hak sah rakyat Palestin.

“Kami menegaskan keperluan bagi perwakilan Palestin yang sewajarnya dalam semua organisasi antarabangsa berkaitan, termasuk institusi kewangan pelbagai hala, serta akses kepada sumber institusi berkenaan,” menurut deklarasi itu.

Sidang Kemuncak BRICS ke-18 berlangsung pada 12-13 Sept di New Delhi. — BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here