Sadiq Sani
Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Suasana sesi raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos ini bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Dataran Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 28 OGOS 2025
PM Hadir Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama Kali Kedua bertemakan 'The Role of Religious Leaders in Resolving Conflicts' di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya. Foto SADIQ SANI, 28 OGOS 2025.
Naim Daniel Serah Dokumen di Mahkamah
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel hadir ke mahkamah bagi penyerahan dokumen berkaitan tuduhan kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 18 OGOS 2025.
Anthony Loke Kibar Jalur Gemilang Bersama Komuniti Pelabuhan Klang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bergambar kenangan bersama pemandu-pemandu lori logistik pada Program Kibarkan Jalur Gemilang Komuniti Pelabuhan Klang di Pelabuhan Klang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 16 OGOS 2025
Anwar Sampaikan Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 20
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiring Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof bergambar kenangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 20 (MAPPA XX) di PICC, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 15 OGOS 2025.
PM Rasmi Sidang Kemuncak ASEAN Ai Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Digital, Gobind Singh Deo melancarkan robot ILMU Ai buatan Malaysia pada Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ai Malaysia 2025, turut sama Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn (tiga kanan) di MITEC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 12 OGOS 2025
Demonstrasi ‘Keadilan Untuk Zara’ di Hadapan Parlimen
Wakil Sekretariat Solidariti Zara berucap sebelum menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen berhubung kes kematian Zara Qairina di hadapan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 12 OGOS 2025
Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada Majlis Menghormati Pelantikan Ketua Hakim Negara di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 OGOS 2025
Tampil dengan Baju ‘Husnuzzon’, Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Bela Diri
Ibu bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari hadir ke mahkamah bagi sambungan membela diri atas pertuduhan mengabaikan anaknya di Mahkamah Petaling Jaya, Selangor. Foto SADIQ SANI, 04 OGOS 2025.
Anwar Santuni Warga Peneroka di Majlis Perasmian Karnival Mega 3 Dimensi
Gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil diperhatikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir ke Majlis Perasmian Karnival Mega 3 Dimensi bersempena Sambutan Hari Felda 2025 di MITEC, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 02 OGOS 2025.

















