Sadiq Sani
Nga Kor Ming Tinjau Residensi Hektar Gombak
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bersama pemaju dan kontraktor ketika melakukan lawatan kerja ke Residensi Hektar Gombak yang terbengkalai di Jalan Gombak, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 30 JULAI 2025
Art of Speed 2025
Aksi pengunjung yang hadir dengan menunggang motosikal Vespa klasik koleksi peribadi pada Festival Art of Speed 2025 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di MAEPS, Serdang. Foto SADIQ SANI, 27 JULAI 2025
Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden PKR
Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peserta pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat di PICC, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 27 JULAI 2025
Bomba Padam Kebakaran Hutan KKB
Anggota bomba melakukan pendakian lebih 200 meter dalam operasi pemadaman api kebakaran yang berlaku di hutan sekunder berhampiran Jalan Genting Highland - Batang Kali, Selangor. Foto SADIQ SANI, 24 JULAI 2025
Kebakaran Hutan Kuala Kubu Bharu
Anggota bomba melakukan pemantauan udara pada operasi pemadaman api dengan menggunakan teknik 'water bombing' berikutan kebakaran hutan sekunder ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto SADIQ SANI, 23 JULAI 2025.
Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur Baharu
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad (tengah) menyaksikan sesi penyerahan tongkat kuasa antara Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusid Mohd Isa kepada Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 18 JULAI 2025
PM Hadir Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti Malaysia 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said beramah mesra bersama peserta pada Persidangan Antarabangsa Tadbir Urus dan Integriti Malaysia 2025 di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 15 JULAI 2025
Letih Tak Halang Tun Mahathir Meraikan Peminat
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap meraikan peminat biarpun keletihan pada Program Picnic & Potluck Bersama Tun Dr Mahathir di Tasik Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 13 JULAI 2025
Suspek Kes Bunuh Penuntut Universiti Tangan Bergari Ke Mahkamah
Dua suspek, seorang lelaki dan seorang wanita diiring anggota polis tiba untuk pendakwaan atas pertuduhan kes pembunuhan seorang pelajar universiti swasta di Cyberjaya, di Kompleks Mahkamah Sepang. Foto SADIQ SANI, 10 JULAI 2025
Rosmah Mansor di Mahkamah KL
Reaksi ceria isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan seorang pemegang akaun TikTok membayar ganti rugi RM100,000 kepada beliau kerana memfitnahnya mengamalkan ilmu hitam di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 08 JULAI 2025

















