Abang Johari Tun Openg mengumumkan Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu.

KUCHING – Puan Sri Jamilah Anu, isteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK DUN Tanjong Datu di Ibu Pejabat PBB di Jalan Bako di sini petang ini.

Terdahulu Abang Johari mempengerusikan dua mesyuarat khas PRK DUN Tanjong Datu, mesyuarat pertama bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB sebelum meneruskan mesyuarat kedua bersama pimpinan tertinggi parti komponen BN Sarawak. — BERNAMA

Comments are closed.