Home Ekonomi The Store dinyah senarai

The Store dinyah senarai

KUALA LUMPUR – The Store Corporation Berhad (The Store) akan dinyah senaraikan dari Bursa Malaysia mulaiĀ 22 Februari ini.

Saham The Store telah digantung sejak 10 Februari lalu.

“Lembaga Pengarah TSCB ingin mengumumkan bahawa Bursa Malaysia Securities Berhad melalui suratnya yang bertarikh 17 Februari 2017, dimaklumkan selaras dengan Perenggan 16.07 Syarat-syarat Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities, seluruh saham yang diterbitkan daripada TSCB akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Securities berkuatkuasa dari jam 9.00 pagi, Rabu, 22 Februari 2017,” menurut notis kepada bursa.

The Store dinyah senarai selepas syarikat itu diambil alih oleh syarikat persendirian, TYS Consolidated Sdn. Bhd.

Pasar raya itu mempunyai 75 rangkaian di seluruh negara. – MalaysiaGazette