Elizabeth Wettlaufe

ONTARIO – Seorang jururawat Kanada mengaku bersalah menggunakan insulin untuk membunuh lapan pesakit warga emas di sebuah pusat penjagaan lebih tujuh tahun lalu, kata pendakwa raya Crown.

Elizabeth Wettlaufer dituduh membunuh lima wanita dan tiga lelaki di beberapa bandar Ontario dekat Woodstock dan London antara 2007 dan 2014.

Mangsa yang meninggal dunia berusia antara 75 hingga 96 tahun.

Wettlaufer mengaku di mahkamah bahawa dia menyuntik mangsa dengan insulin tanpa sebab-sebab perubatan.

Motif Wettlaufer tidak jelas tetapi mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan membunuh darjah pertama selain empat pertuduhan lain cubaan membunuh dan dua tuduhan melakukan serangan.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup. – MalaysiaGazette