Gambar hiasan. foto Getty Images

NEW YORK – Harga minyak jatuh sebanyak 2.5 peratus selepas terdapat unjuran OPEC akan meningkatkan pengeluaran pada Julai meskipun kumpulan tersebut telah berjanji untuk mengekang output sekaligus menambah kebimbangan pasaran.

Harga kontrak hadapan minyak mentah Brent ditutup lebih rendah AS$1.24 kepada AS$48.06 setong manakala kontrak hadapan US West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$1.15 lebih rendah kepada AS$45.77 setong.

Kedua-dua minyak mentah Brent dan AS mencatatkan kerugian lebih daripada 1.6 peratus selepas Petro-Logistic berkata, pengeluaran minyak mentah OPEC dijangka meningkat 145,000 setong sehari bulan ini.

Petro-Logistic yang menjejaki unjuran bekalan OPEC berkata, jumlah tersebut bakal menyebabkan output terkumpul melebihi 33 juta tong sehari.

Bekalan lebih tinggi daripada Arab Saudi, Emiriah Arab Saudi (UAE) dan Nigeria akan memacu peningkatan minyak mentah.

OPEC dan beberapa negara bukan OPEC seperti Rusia cuba untuk memotong pengeluaran 1.8 juta tong sehari sehingga hujung Mac 2018.-MalaysiaGazette