Ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli DAP seumur hidup, Amran Ahmad mendedahkan propaganda jahat dan fitnah terancang oleh parti itu atas nama Pakatan Harapan (PH) dalam usaha memenangi PRU-14 ini.

Dalam sidang akhbar hari ini, beliau mendakwa, DAP memang sengaja memburuk-burukkan pemimpin kerajaan termasuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isteri dan keluarganya.

Amran membuat pendedahan kerana tidak mahu bersekongkol dengan DAP lagi untuk menipu rakyat Malaysia.

“Saya tidak mahu membuat kerja-kerja ini, bersekongkol dengan DAP untuk menipu rakyat Malaysia semata-mata untuk memikat hati pengundi.

“Kita ada masa depan dan kita hendak masa lebih baik tetapi kita tidak mahu memilih masa depan, pilih orang-orang dan parti yang melakukan propaganda dan jahat berunsur fitnah,” katanya di sini hari ini.

Tambah bekas wartawan Utusan Malaysia itu, beliau telah membuat laporan polis berhubung propaganda jahat DAP dengan mengemukakan bukti-buktinya.

Amran dengan tegas berkata, tidak gentar berhadapan tuduhan dan tindakan parti susulan pendedahan itu.

“Saya akan digelar makan dedak, macai, kena beli dengan UMNO, ini biasa. Saya sudah jangka.

“Dengan restu ibu, isteri dan keluarga yang saya perlukan untuk mendepani cabaran ini.

“Kepada orang-orang yang berbuat demikian bertaubatlah dan jangan buat dosa,” katanya yang menafikan menerima pembayaran berhubung pendedahannya itu.

Amran merupakan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan cawangan Utusan Melayu (M) Berhad dan anak kepada bekas pemimpin Melayu DAP, Allahyarham Amran Nor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast