Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah masih terasa hati serta merajuk dengan kritikan daripada pembangkang khasnya Pas berikutan kenyataan ‘menghina’ beliau beberapa hari lepas di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertegas untuk menggunakan Bahasa Mandarin dalam komunikasinya bersama media Cina dan menggunakan bahasa lain di dalam posting-posting di media sosial milik beliau.

Sambil menafikan kementerian tersebut telah menggantikan Bahasa Melayu kepada Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi, Guan Eng menjelaskan, setiap kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan adalah menggunakan bahasa kebangsaan yang kemudiannya diterjemahkan kepada Bahsa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam Bahasa Mandarin sekiranya ada keperluan.

“Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris ataupun sekali-sakala dalam Bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahawa bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Bahasa Mandarin.

Jika adapun, tambah beliau, terjemahan ke dalam Bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan, terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal.

Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial dan tidak digunapakai dalam laman rasmi Kementerian Kewangan, katanya.

“Ingin saya tegaskan bahawa semua kenyataan dalam media rasmi saya di bawah Kementerian sememangnya dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan hanya diterjemahkan kepada bahasa lain sekiranya perlu,” katanya sambil menambah beliau sentiasa mendukung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dipertikaikan.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan dalam Bahasa Mandarin pada 24 Jun 2018 tanpa kepala surat rasmi Kementerian Kewangan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana prihatin tentang perkara ini dan saya mengambil maklum kritikan dan teguran berkenaan dengan status yang dimuatnaik dalam laman sosial saya pada 24 Jun 2018.

“Saya akan terus memperbaiki apa-apa kelemahan dalam tata urus komunikasi saya dengan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan berbahasa Melayu di sini hari ini.- MalaysiaGazette