obor
Gambar hiasan

LANGKAWI- Seorang pelancong Sweden meninggal selepas disengat obor-obor berhampiran pantai Tanjung Rhu dekat sini semalam.

Sohrabi Saeed,60, ketika itu sedang berenang di pantai berkenaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.15 petang.

“Seorang anggota polis di stesen polis Ayer Hangat yang menerima laporan berhubung insiden berkenaan berkejar ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat,” Ketua Polis Langkawi Superintendent Mohd. Iqbal Ibrahim.- Bernama