Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu 421 dokumen berkaitan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion, diserahkan kepada pihak pembelaan untuk digunakan bagi tujuan perbicaraan.
- Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu, kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy itu, telah difailkan untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi oleh pihak pendakwaan.

KUALA LUMPUR — Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, Dewan Rakyat dimaklumkan.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 hari ini.

“Isu 1MDB begitu serius bukan sekadar PAC yang lepas gagal buka semula penyiasatan selepas tindakan DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat)… Laporan Ketua Audit diklasifisikasikan rahsia rasmi di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi) malah berlaku salah guna kuasa yang mana Laporan Ketua Audit Negara yang asal dipinda dengan arahan oleh sesetengah pihak,” dakwa beliau.

Wong turut mendedahkan beberapa agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ berikutan isu berkenaan sebelum ini.

“Kita nampak bagaimana agensi-agensi itu telah hilang integriti dan keyakinan rakyat dengan setiap kali menyatakan tidak ada kes terhadap mana-mana (pihak) dan tidak ada apa-apa salah laku.

“Mujur…berlaku pertukaran kerajaan pada 9 Mei lepas, baru kesemua ini boleh ditunjukkan kepada rakyat apa telah terjadi,” katanya.

— BERNAMA