Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap pada sidang media berkenaan isu semasa di Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 25 SEPTEMBER 2018.
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng mengungguli senarai nilai aset dan pendapatan yang diisytiharkan oleh para pemimpin dan wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negara ini.

Menteri Kewangan dan Setiausaha Agung DAP itu berpendapatan sebanyak RM86,464.92 sebulan diikuti Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang menduduki tempat kedua dalam senarai tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu mempunyai pendapatan RM77,629.68.

Ia berbeza jika dibandingkan pendapatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Hasmah Ali sebanyak RM75,861.57.

harta MP
Senarai harta wakil rakyat kerajaan PH yang mengisytiharkan aset kepada SPRM untuk tatapan umum.

Senarai itu merujuk kepada butiran pendapatan wakil rakyat dan pemimpin PH dan Parti Warisan Sabah yang telah mengisytiharkan aset masing masing kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah dipaparkan dalam laman web rasmi suruhanjaya itu.

harta MP1harta MP3Senarai pengisytiharan aset pendapatan berkenaan ialah data yang telah dikemaskini sehingga 2.30 petang tadi.

Senarai itu diikuti Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang turut mengisytiharkan aset beliau dan isterinya bersama yang berjumlah RM73,576.15.

Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai pendapatan berjumlah RM72,276.37.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Xavier Jayakumar  turut mengiytiharkan pendapatan beliau dan isteri pada 2 Oktober lalu berjumlah RM53,736.49.

Setakat 2.30 petang tadi hanya 20 orang atau 40.8 peratus sahaja dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan yang telah mengisytiharkan harta masing-masing manakala 59.2 peratus masih belum berbuat demikian.

harta MP4Bagaimanapun hanya 47 orang atau 38.2 peratus sahaja wakil rakyat PH yang mendedahkan aset mereka setakat ini manakala 76 orang atau 61.8 peratus masih belum berbuat demikian.

Menurut SPRM Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan untuk membolehkan perisytiharan harta oleh Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen Kerajaan dipaparkan kepada masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan untuk membuktikan ketelusan kepimpinan kerajaan.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dan isterinya turut tersenarai dalam nama nama wakil rakyat kerajaan mengisytiharkan harta mereka pada 2 Oktober lalu dan berpendapatan RM30,600.00.

Manakala Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr. Wan Azizah bersama suaminya yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM59,048.33.

Sejak awal pembentukan kabinet PH, Mahathir mengumumkan pemotongan 10 peratus dalam pendapatan bulanan anggota kabinet sebagai penjimatan berdepan tanggungan hutang negara.

Dalam rekod senarai wakil rakyat berjumlah 40 orang itu dalam laman SPRM, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menyatakan jumlah pendapatannya sekadar RM21,000.

Masih ramai lagi wakil rakyat kerajaan PH yang masih belum mengisytiharkan pendapatan termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan di Perdana Menteri yang menjaga perpaduan nasional Senator P.Waytha Moorthy turut tersenarai dalam pengisytiharan aset namun ruang jumlah pendapatannya masih kosong dalam laman SPRM.

Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara R. Nethaji Rayer dari parti DAP antara pemimpin yang mengisytiharkan pendapatan berjumlah RM37,800.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa (RM53,736.48); Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (RM50, 238,88); Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (RM51,236.48) dan Teresa Kok Suh Sim (RM68,142.66).- MalaysiaGazette