gambar hiasan
Gambar hiasan Pulau Pangkor

KUALA LUMPUR – Pulau Pangkor akan dijadikan pulau bebas cukai manakala Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang diberi kemudahan bebas cukai untuk menggalakkan pelancongan kapal persiaran.

Manakala taraf bebas cukai Langkawi akan dikembangkan lagi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan menitikberatkan sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2020.

Dalam pada itu, Khazanah Nasional akan menerajui projek kerjasama awam swasta bagi program pemuliharaan dan pembugaran Bangunan Sultan Abdul Samad untuk dijadikan pusat kesenian, kebudayaan dan warisan.

Projek penjanaan semula bandar tersebut akan diusahakan bersama syarikat wariasan tempatan ThinkCity dan sebuah pertubuhan antarabangsa yang diiktiraf dengan UNESCO.

Kerajaan persekutuan akan melaksanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima di negeri berkenaan.

Langkah tersebut akan membolehkan kerajaan negeri menerima hasil tambahan secara agregat dianggarkan berjumlah RM50 juta.-MalaysiaGazette