Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1720/1760 berbanding dolar AS daripada 4.1770/1820 Khamis.

Peniaga berkata, harga minyak terus menyusut hari ini, di tengah-tengah tanda-tanda peningkatan bekalan dan kebimbangan yang semakin memuncak berkaitan permintaan yang terus lemah disebabkan kelembapan ekonomi global.

Pada 9 pagi, minyak mentah Brent didagangkan pada AS$72.58 satu tong.

Bagaimanapun ringgit didagangkan lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0296/0329 daripada 3.0270/0318 Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7548/7606 daripada 4.7530/7595.

Ringgit turun berbanding pound British kepada 5.4203/4275 daripada 5.3908/3977 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6986/7031 daripada 3.6968/6015. -MalaysiaGazette