TERKINI : Wan Azizah Bimbang?

52
0

Empat faktor utama rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu ialah gagal menjelaskan pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, perumahan dan perniagaan.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada seramai 64,632 rakyat yang muflis dari 2013 hingga akhir Disember 2017, jumlah itu berkurangan kepada 13,338 orang dari Januari hingga September lalu.

Katanya, beliau gembira dengan aliran jumlah yang menurun sebanyak 2.3 peratus itu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, berbanding 2.86 peratus dalam tempoh sama lima tahun lalu.