Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat Subang Jaya bukan berunsur perkauman namun berkait rapat dengan jenayah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kejadian rusuhan itu tidak dikaitkan dengan isu agama walaupun ia berkaitan perpindahan kuil.

“Ia berkaitan jenayah, pihak polis telah diarah untuk mengambil tindakan lanjut bagi menangani serta mengawal situasi ini dengan segera,” kata Mahathir.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beliau telah mendapatkan perkembangan terkini mengenai terkini siasatan ke atas kejadian itu.

Tambah Mahathir, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah.

Malah kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis.

“Kerajaan juga kesal dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab penjenayah yang menimbulkan kekacauan di kawasan kuil dan yang telah mencederakan anggota pasukan
keselamatan serta anggota penyelamat di dalam rusuhan ini.

“Penjenayah-penjenayah yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta mencederakan
anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan
dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahathir turut menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar angin serta tidak menyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media. -MalaysiaGazette