Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat tangan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sambil diperhatikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada perhimpunan 'Kesyukuran' meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Masjid Negara, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Kehadiran peserta Himpunan Ummah bantah ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menunjukkan Pas dan UMNO boleh bekerjasama.

Apabila dua parti ini boleh bekerjasama, maka orang Melayu semakin kuat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Bila orang Melayu bersatu, kita kuat dan boleh buat apa sahaja,” katanya dalam perhimpunan itu.

Tegas Mohamad, meskipun kerajaan dahulu tewas dalam Pilihan Raya Umum lalu, tidak bermakna maruh Melayu dan Islam tidak boleh dipelihara.

“Walaupun kalah, maruah Melayu mesti dipelihara. Insya Allah,” ujarnya. – MalaysiaGazette