Kad undangan majlis perkahwinan Allahyarham Muhammad Adib dan Nurul Najihah yang sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu ini.

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial gambar kad undangan perkahwinan Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan Nurul Najihah Mohd Radzi.

Tertera pada kad tersebut tarikh sepatutnya pasangan itu ke jinjang pelamin iaitu pada 22 Disember 2018, iaitu Sabtu ini.

Jemputan perkahwinan itu adalah bagi pihak keluarga tunang Allahyarham, Nurul Najihah yang dijadual berlangsung di Alor Setar, Kedah.

Rata-rata komen netizen di Facebook yang berkongsi kad tersebut tidak dapat menahan perasaan sedih dan kesal dengan kejadian yang menimpa Allahyarham.

Nurul Najihah pernah memuatnaik hantaran di laman sosial Facebook mendoakan supaya tunangnya itu terus kuat dan cepat bangun.

Antara luahan netizen:

  • “Terharunya..Kad Jemputan kahwin dah siap tapi Allah swt lebih menyayangi allahyarham Muhammad Adib..Al FatihahKekejaman manusia yg tiada hati perut dan perasaan..
  • Tinggal kenangan..kad jemputan kenduri kahwin Muhammad Adib yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini.
    ‘KITA MERANCANG ALLAH JUGA MERANCANG..SESUNGGUHNYA ALLAH SEBAIK2 PERANCANG.’

#JUSTICEFORADIB

  • Manusia Hanya Merancang, Tuhan juga yang menentukan.

Ajal, maut dan jodoh semuanya rahsia milikNya.

Moga Nurul Najihah tabah menghadapi dugaan ini. Redha kanlah pemergiannya. Lepaskan lah dia menemui penciptaNya.

Alfatihah untuk Mohd Adib, moga rohmua ditempatkan bersama roh para syuhada’

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu kuat, cepat bangun kamu” – luah tunang Muhammad Adib

— MalaysiaGazette