Orang awam memenuhi kawasan tapak kuil dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 NOVEMBER 2018.

KAJANG -Kejadian yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya sehingga mencetuskan rusuhan seterusnya mengakibatkan kematian seorang anggota bomba bukti sentimen kebencian sedang merebak dalam negara.

Situasi itu juga membuktikan berlaku kegagalan dalam pembinaan semula negara dan  perpaduan rakyat khususnya yang didorong oleh beberapa faktor termasuklah pendidikan, penyalahgunaan hak untuk bersuara dan komunikasi.

MGF21122018_MAJLIS PROFESSOR NEGARA_11
Timbalan Presiden Majlis Professor Negara (MPN), Professor Dr. Kamaruddin M.Said bercakap pada sidang media mengenai isu “Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah Kita?” bertempat di Majlis Professor Negara, Country Heights, Kajang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 DISEMBER 2018.

“Kami menganggap suara yang boleh mencetuskan jenayah kebencian musuh perpaduan nasional yang sekarang dengan perkembangan terkini yang menggusarkan kita.

“Kami berpendapat, isu perpaduan nasional perlu dilihat dengan mengambil kira perkembangan terkini yang mencetuskan kebencian,” kata Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Kamaruddin Mohd. Said.

Bukan setakat itu, aspek pendidikan juga dianggap Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong memberi sumbangan terhadap kelemahan perpaduan nasional yang menjadi kebimbangan kebelakangan ini.

Sistem pendidikan dalam negara jelasnya menggalakkan pengasingan antara kaum mengakibatkan wujudnya cabaran besar untuk menyatukan rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang.

Sistem pendidikan juga ujar Kok Seong, gagal meletakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai tunjang kepada kebersamaan rakyat.

“Pengasingan etnik berlaku pada usia muda anak-anak kita, di usia muda pada usia tadika sudah dipisahkan.MGF21122018_MAJLIS PROFESSOR NEGARA_18

Felo Utama KITA, Professor Datuk Dr. Teo Kok Seong bercakap pada sidang media mengenai isu “Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah Kita?” bertempat di Majlis Professor Negara, Country Heights, Kajang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 DISEMBER 2018.

”Begitu juga di sekolah rendah jadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), kita dapati sukar menyatu-padukan anak bangsa.

“Sistem pendidikan kita yang tidak berjaya kita gagal menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan,” katanya ketika sidang media mengenai “Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah Kita” semalam.

Bagi Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz,  perjuangan hak untuk bersuara yang disalahgunakan sebahagian masyarakat hari ini memberi kesan negatif termasuk  rusuhan yang berlaku kerana ketiadaan kegerunan terhadap undang-undang untuk mengekang perlakuan jenayah.

Profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menambah, hak dan kebebasan bersuara itu dijadikan ‘lesen besar’ membibitkan rasa benci dan memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Sehubungan itu kerajaan tambah beliau sepatutnya menggunakan Akta Hasutan bertepatan di mana-mana situasi sedemikian.

“Undang-undang terutama Perlembagaan Persekutuan membenarkan kebebasan bersuara. Kalau boleh merosakkan perpaduan, kebebasan bersuara boleh disekat dengan perundangan terutama apabila mencabar undang-undang untuk mengawal kebencian.

“Dalam Malaysia undang-undang jelas ada Akta Hasutan 1948 saya percaya akta ini masih mempunyai kekuatannya bagi menangani pengucapan permusuhan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.