Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu barisan kepimpinan Pakatan Harapan termasuk dari Parti Keadilan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif dan berbalah secara terbuka sama ada di peringkat dalaman parti mahu pun antara sekutu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu barisan kepimpinan Pakatan Harapan termasuk dari Parti Keadilan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif dan berbalah secara terbuka sama ada di peringkat dalaman parti mahu pun antara sekutu.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu barisan kepimpinan Pakatan Harapan termasuk dari Parti Keadilan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif dan berbalah secara terbuka sama ada di peringkat dalaman parti mahu pun antara sekutu.

Presiden PKR itu berkata, pemimpin-pemimpin PH sepatutnya memberikan tumpuan khusus ke arah menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keselesaan rakyat yang kini terus dibelenggu dengan beban kos sara hidup.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa agar muafakat Pakatan Harapan diperkukuh melalui saluran parti.

“Rakyat sentiasa memerhati kita, dan kita punyai ruang dan peluang yang sedikit sahaja untuk membuktikan Pakatan Harapan benar-benar mampu merubah nasib rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Perkembangan mutakhir ini menyaksikan ada kalangan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain.

Antara isu yang menarik perhatian mereka termasuk penerimaan masuk bekas wakil rakyat yang bertindak keluar UMNO ke dalam Pakatan Harapan serta gesaan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dipecat kerana kenyataannya berkaitan rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield.

Baru-baru ini juga, Nurul Izzah Anwar telah meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Beliau bagaimanapun mengekalkan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. – MalaysiaGazette