Callum Hudson-Odoi. Foto goal.com

LONDON – Pemain muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi kini berdepan dilema apabila kelabnya tidak akan menjual pemain itu kepada mana-mana kelab walaupun dia telah menghantar surat permohonan perpindahan.

Dia kini menjadi sasaran utama Bayern Munich dengan tawaran bernilai £35 juta pada jendela perpindahan Januari ini.

Minggu lalu, Hudson-Odoi meluahkan hasrat untuk berhijrah selepas tidak berpuas hati kerana hanya dapat beraksi dalam lima perlawanan untuk Chelsea pada musim ini.

Namun pembantu pengurus, Giafranco Zola menegaskan kelab akan terus mengekalkan pemain itu di Stamford Bridge selepas Chelsea mencatatkan kemenangn di pertandingan Piala FA pada Ahad lalu.

Hudson-Odoi turut menjaringkan gol dalam kemenangan 3-0 dalam aksi di tempat sendiri menentang Sheffield Wednesday, namun pemain itu tidak pernah beraksi dari permulaan di aksi liga bersama Chelsea.

Hudson-Odoi bimbang dengan kekurangannya mendapat tempat dalam kesebelasan utama secara lebih kerap yang membuatkan dia terpaksa surat permohonan untuk berhijrah. – MalaysiaGazette