KUALA LUMPUR – Scomi Rail Berhad (Scomi Rail) telah menerima tuntutan hutang daripada Malayan Banking Berhad (Maybank) sebanyak RM201.906 juta.

Notis tuntutan itu dikeluarkan pada 25 Januari lalu dan diterima pada 8 Februari lalu.

Scomi Rail adalah anak syarikat milik penuh Scomi Engineering Berhad (SEB).

Dalam notis kepada Bursa Malaysia, Maybank juga pada tarikh 8 Februari 2019 telah menyerahkan notis tuntutan hutang bertarikh 31 Januari sebanyak RM113.957 juta.

Scomi Group Berhad yang memiliki SEB berkata, Maybank mempunyai hak untuk melupuskan saham-saham syarikat berkenaan bagi mendapatkan semula hutang yang tidak dibayar.

Scomi Group dan Scomi Rail kini dalam proses melakukan rundingan semula dengan Maybank. – MalaysiaGazette