Mohamad Fuzi Harun

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun kesal kerana lawatan kerja ke Turki yang merupakan sebahagian tugas rasmi polis telah disensasikan pihak yang tidak tahu peranan Da Ma Cai.

Sambil menyifatkan laporan pihak yang mensensasikan lawatan tersebut tersebut sebagai tidak berasas, Fuzi berkata, beliau juga tidak tahu apa motif mereka berbuat demikian.

Beliau yang mempertahankan tajaan Lembaga Totalisator memberitahu, syarikat perjudian itu memberi ‘tawaran’ kepada polis setiap tahun tanpa menjelaskan lebih lanjut.

“Memang setiap tahun mereka tawar kepada kita. Sebab kita bantu mereka dalam usaha mengatasi sindiket haram, bookie dan lain-lain.

“Saya tidak tahu apa motif ada pihak membuat laporan itu. Apa yang pasti, kita ke sana untuk bertugas. Itu adalah tugas rasmi,” katanya dipetik dari Sinar Harian

Fuzi meminta pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung lawatan kerja itu bertanya kepada Lembaga Totalisator Malaysia, bukannya menyerang polis.

Sebelum ini, gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian, disiarkan dalam internet.

Menurut laporan, rombongan 16 pegawai kanan polis itu menelan belanja lebih RM300,000 dengan penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tajaan lawatan ke Turki itu tidak menggunakan sesen pun duit kementeriannya sebaliknya ditaja oleh Da Ma Cai.

Semalam Guan Eng mengeluarkan kenyataan sekali lagi bahawa Lembaga Totalisator telah tiga kali menaja PDRM sebelum ini.

Itu merupakan kenyataan ketiga Guan Eng sebelum buat pertama kalinya beliau mendedahkan bahawa dana Lembaga Totalisator adalah dari Da Ma Cai.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum itu menegaskan beliau telah meluluskan lawatan tersebut yang ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Penajaan KPN ke Turki diluluskan sejak 2017 lagi

Tajaan KPN ke Turki: Saya tak fikir ada masalah

TERKINI : SYARIKAT NOMBOR RAMALAN! Ketua Polis Negara Ditaja ke Turki?

Lembaga Totalisator Malaysia lulus 3 lawatan kerja PDRM sebelum ini

KPN ditaja ke Turki: Sumber dana Totalisator dari syarikat nombor ramalan

Kunjungan KPN ke Turki kerana tugas – Muhyiddin